Wednesday, 30 January 2013

COAGULANT UNITS CUPON


Teman  ada  mempunyai  2 Coagulant  Units. Pertama  One   Coagulant  Units October  1941 dan Two Coagulant  Units  May  1940. Mengikut  apa  yang  teman  tahu  berkenaan  Coagulant  Unit  ialah tindakan  Pegawai  getah  mengenakan  sekatan/permit  dalam  bentuk  kupon  yang bertujuan sebagai pengesahan  untuk mendapatkan  cuka getah. Satu  unit  hanya  boleh mendapatkan atau  membeli  satu  unit cuka  getah  sahaja. Ini  mungkin  pada  masa  itu  cuka  getah menjadi  barangan  kawalan.  Kupon  yang  dikeluarkan  sah  diguna  pakai  mengikut   tahun  dan bulan  yang  ditetapkan.  Maklumat   berkenaan  kupon  ini masih lagi kurang jelas.



Two Coagulant Units May 1940

One Coagulant Unit October 1941

PERBEZAAN GRED JERSI


Gred  Jersi  AAA  dan  Original

BIL
GRED
PENERANGAN

1.
Super A @ Second Ori ( Adidas, Nike dan Puma )

-          Hendak kenalpasti gred jersi dengan pandangan mata kasar amatler payah.  Ia sebenonyer  dapat di kesan jika kita menyentuh jersi-jersi tersebut.

-          Gred SUPER A di datangkan dengan kualiti fabric  yang lebih baik, lembut dan kemas. Dari segi jahitan pula, Super A mempunyai garis jahitan dan benang yang kemas.

-          Kertas pelapik pula adalah dari jenis yang lembut bagi SUPER A manakala untuk Gred AAA menggunakan kertas yang keras. (tetapi mengikut keluaran dari kilang juge)

-           Gred SUPER A adalah bukan sama sekali ORIGINAL.

-          Saiz jersi kecil 1/2 inci berbanding AAA dengan pilihan S, M, L dan XL.


2.
Original Grade/Original Spec

-          Bagi Original spec kami memang tidak dapat membezakan jersi-jersi tersebut dengan jersi original yang di jual di butik kerana hampir 99% sama. Lagi 1% kurang kerana kita perlu sedar ianya tetap ORIGINAL REPLICA (IMITATION).


3.
AAA

Replika kualiti terbaik dari Thai/Indon. Material agak kasar sedikit berbanding gred lain. Untuk jersi jenama Nike, tiada lubang udara kat tepi jersi dan T-bars kat bahu.

Finishing dan material berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Saiz yang ada cuma S, M dan XL sahaja.

4.
AA
Fabrik nyer lebih teruk berbanding dengan AAA.

Jahitan dan buatanyer lebih kasar.

Harga lebih murah berbanding gred yang lain.
5.
Player Issue ( Nike Sahaja )

-          Jersi jenis ni hanya datang dari buatan Nike sahaja. Contohnya Man Utd dan Arsenal. Kualitinya sungguh terbaik dengan kain yang lebih lembut dan boleh menegang.

-          Logo adalah Tampal berbanding AAA dan Super A yang dibuat Jahit. Cutting jersi juga sama dengan yang original dan berbeza dengan AAA dan Super A.

-          Beg plastik yang digunakan mempunyai lambang Nike dan datang dengan Tag sehingga 4-5 keping. No siri juga berbeza-beza melambangkan keunikannya.

-          Tambahan lagi, ia mempunyai lubang-lubang udara ditepi badan dan T-bars di atas bahu serupa dengan jersi yang dipakai oleh Player.
6.
2nd ori fan issue
-          Logo dan sponsor gunakan sulam
7.
 2nd ori player issue
-          Logo dgn sponsor  gunakan stiker

Ukuran saiz 
Ukuran jersey Super A (Asia ukuran)
Shoulder To Shoulder = S-17 Inch, M-19 Inch, XL-21 Inch.
Armpit To Armpit = S-21 Inch M-22 Inch, XL-23 Inch
Width = S-42 Inch M-44 Inch, XL-46 Inch
Length = S-28 Inch M-30 Inch, XL-32 Inch
______________________________________________________________________________
Ukuran jersey Kids 
Size SS  [ Chest ] Armpit-armpit 15" , [ Length ] Neck-bottom 16" ( 1 ~ 2 Years Old )
Size S  [ Chest ] Armpit-armpit 16" , [ Length ] Neck-bottom 17" ( 2 ~ 4 Years Old )
Size M  [ Chest ] Armpit-armpit 17" , [ Length ] Neck-bottom 18" ( 4 ~ 6 Years Old )
Size L  [ Chest ] Armpit-armpit 18" , [ Length ] Neck-bottom 19" ( 6 ~ 9 Years Old )
Size XL  [ Chest ] Armpit-armpit 19" , [ Length ] Neck-bottom 20" ( 9 ~ 11 Years Old )
Size XXL  [ Chest ] Armpit-armpit 20" , [ Length ] Neck-bottom 21" ( 11 ~ 12 Years Old )
______________________________________________________________________________

Senarai  Istilah dan singkatan
BIL
SINGKATAN
MAKSUD
1.
PI
PLAYER ISSUE
2.
P2R
PLAYER TO REPLICA
3.
TF
TECHFIT (ADIDAS)
4.
MW
MATCH WORN
5.
REPLICA
Jersi original khas untuk Fan club
6.
REPRO
Penghasilan semula
7.
BNWT
BRAND NEW WITH TAG
8.
BNWOT
BRAND NEW WITHOUT TAG
9.
USED
JERSI TERPAKAI
10.
NNS
NUMBER AND NAME SET
11.
P2P
PIT TO PIT
12.
EMBROID
SULAM
13.
PRE MATCH
JERSI WARM UP
14.
LEXTRA
ORIGINAL PATCH AND NAME SET FOR BPL
15.
VGC
VERY GOOD CONDITION
16.
LS
LONG SLEEVE
17.
















Tuesday, 22 January 2013

First Day Cover 2013


First Day Cover 2013 :            Burung  Belatuk  Woodpecker

Tarikh Keluaran          :           13.01.13

Burung Belatuk tergolong di dalam family Picidae iaitu subfamily Piciformes. Terdapat lebih daripada 180 spesies burung belatuk di seluruh dunia. Burung belatuk mudah untuk dikenali dengan tingkah laku mereka yang unik iaitu mematuk secara menegak di atas pokok dengan jambul yang sangat berbeza serta paruh yang tajam untuk mencari makanan di bawah kulit pokok dan juga membuat lubang sebagai sarang. Burung belatuk juga mempunyai kaki istimewa dan bulu ekor yang membolehkan mereka berpaut kepada batang pokok. Jenis burung belatuk di Malaysia iaitu burung belatuk merah, belatuk pinang muda, belatuk kecil tengkuk kuning dan belatuk gajah. 

Miniature Sheet RM 5

Denomination 60sen, 80sen dan RM 1




Wednesday, 16 January 2013

PETI BESI ANTIK


Peti  Besi Lama


Teman mempunyai lebih kurang 10 peti besi antik…..Kesemuanya teman perolehi daripada rumah arwah tok dan sebahagianya memang berada dirumah teman…Teman mula gemor peti besi ini kerana ia mempunyai keunikan dan ada cerita nyer tersendiri. Pada zaman dulu peti besi ini digunakan sebagai untuk menyimpan barangan seperti dokumen-dokumen penting, pakaian, kain sulaman, sutera  dan barangan berharga.. 3 daripada peti besi itu udoh teman baikpulih dengan mengecat dengan warna yang baru. Yang lain teman bio ia berkarat supaya dapat mengekalkan keoldskoolan nyer..hehehe..   


PETI BESI YANG BARU DICAT....



PETI BESI PERTAMA



PETI BESI KEDUA




PETI BESI KETIGA
Digunakan untuk menyimpan koleksi "First Day Cover"  teman....


PETI BESI ORIGINAL 


Masih digunakan untuk menyimpan pakaian



Berkarat tetapi ada nilai






Tuesday, 15 January 2013

ANAK RAO


MELAYU RAO

Peronah ker Kome dengo kaum urang Rao….pada kali ini teman nak berkongsi tentang kaum ini. Sebenarnya teman ini nie adalah anak Rao (Batu 3, Masjid Temoh, Tapah Perak) sebelah bapa manakala sebelah ibu keturunan pak kaduk (Tapah) hehehe…Malangnya teman masih kurang fasih dalam bahasa Rao ini… Ini mungkin teman tidak berada didalam kelompok ini kerana keluarga teman berpindah di Bidor. Jadi teman lebih selesa kepada bahasa Perak. Walaubagaimanapun, teman masih lagi faham bahasa RaO ketika mereka bercakap. Bahasa Rao ini unik dan sedap didengo. Mungkin kerana tonasi setiap perkataan yang disebut  menarik…berikut sedikit sebanyak yang dapat teman kongsikan….kesemua maklumat teman perolehi dari sumber-sumber tertentu dengan tujuan perkongsian pengetahuan, budaya dan seni bahasa yang semakin pupus ditelan zaman  di negara kita…InsyaALLAH….

Asal Usul RaO

Orang Melayu Rao sebenarnya berasal dari Sumatra Barat dari Kecematan atau Daerah Rao-Mapat Tunggul di dalam Kabupaten (Regency) Pasaman, Provinsi Sumatra Barat.  Kecamatan Rao-MapatTunggul sekarang menjadi tujuh buah kecematan iaitu Kecematan Rao, Kecematan Rao Utara, Kecematan Rao Selatan, Kecematan Mapat Tunggul, Kecematan Mapat Tunggul Selatan, Kecematan Padang Gelugur dan Kecematan Panti. Keluasan semua Kecematan ini adalah lebih kurang 2,624 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 126,225 orang pada tahun 2006, berbanding dengan jumlah penduduknya seramai 25,0000 orang dalam pertengahan abad ke-19. Kecematan ini terletak ke sebelah utara daerah Minangkabau dan bersempadan dengan daerah Mandailing. Mereka ini berhijrah ke semenanjung  tanah melayu khasnya. Orang Melayu Rao tinggal hamper diseluruh negeri semenanjung Tanah Melayu dan ramai daripada mereka tinggal Mukim Teja dalam Daerah kecil Gopeng dan Kampar, Daerah Selama dan Daerah Batang Padang di Negeri Perak, di Daerah Raub dan Lipis di Negeri Pahang dan di daerah Hulu Selangor.

Orang Rao di Semenanjung Tanah Melayu paling ramai menghuni di Negeri Perak. Boleh diandaikan bahwa seluruh kampung dan majoriti di taman-taman perumahan di Mukim Teja itu penduduknya ialah Orang Rao. Selain itu Orang Rao juga ramai menghuni di Temoh, Tapah, Selama, Ulu Bernam, Tanjong Malim dan sebilangan kecil beberapa kawasan di Chemor dan Bidor. Orang Rao di Negeri Perak terkenal sebagai pelopor pembuka tanah baru untuk petempatan dan kemudiannya perlombongan di mana sebagian besarnya bekerja mendulang di lombong lombong bijih timah khasnya di Lembah Kinta.

Di Negeri Pahang, Orang Rao sebagian besarnya menghuni di Raub dan petempatan di sekitarnya.

Sementara di Negeri Pulau Pinang, daulunya Orang Rao tertumpu di Kampong Rawa, Tanjong (Georgetown), tapi kini telah berserak luas di dalam pulau. Disana, Orang Rao tersohor sebagai pelopor dalam bidang percetakan dan perniagaan di pulau mutiara tersebut.

Dalam pada itu sebilangan orang Rao juga didapati menghuni negeri-negeri selainnya di Semenanjung Tanah Melayu misalnya di Kota Tinggi (Negeri Johor), Pasir Mas (Negeri Kelantan), Kalumpang (Negeri Selangor) dan juga di Negeri Sembilan.

Isu paling serius yang melanda Orang Rao kini ialah kelunturan bahasa dan resam leluhur kita dimana sebagian besar dari kita saolah-olah tidak serius dalam melestarikan sifat suku bangsanya lalu perkara besar seperti Bahasa Rao juga dipandang enteng sama skali, malah ada juga yang sekedar menerima hakikat bahwa kepupusan ini adalah lumrah. Gara-gara mengejar kemewahan hidup, jatidiri yang luntur dibiarkan membelengu lalu ia kan menjadi kebiasaan kepada generasi seterusnya

SUMPAHAN KETURUNAN RAJA RAWA

Sumpahan bermula berabad-abad lalu apabila rakyat Pagar Ruyung di Bukit Siguntang, Sumatera mencari pengganti raja yang mangkat. Yang menjadi masalah dua putera almarhum telah lama meninggalkan negeri itu, seorang ke negeri China dan seorang lagi pergi ke Rom dan anakanda ketiga almarhum pula adalah seorang puteri yang di panggil PUTI.

Masa berlalu, raja-raja dilantik semuanya mati tidak serasi, melalui tukang tilik, rakyat diberitahu bahawa cuma ada seorang sahaja yang sesuai dinobatkan menjadi raja, iaitu anak anakanda kepada puteri, tapi masalahnya, anakanda puti juga perempuan. Lantas, rakyat bukit siguntang mengelilingi rumah puti untuk mengambil anakandanya menjadi raja, puti membantah namun tak diendahkan.

'Kalau kamu berkehendak juga, ada pantang larangnya; anak dan keturunan beta tidak boleh memijak tanah, naik buaian dan menyentuh bunga sampai umurnya 13 purnama. KALAU INGKAR, TUNGGULAH BALA DATANG MENIMPA. Juga bila raja kamu mangkat, hendaklah tujuh orang menadah air mandian mayatnya, tujuh lagi melompat keluar dari tingkap dan cacakkan tombak ditanah.

Rakyat semua bersetuju, lalu anakanda puti pun dijadikan raja. Adat dan pantang larang terus dipatuhi sehinggalah warga bukit siguntang dan darah daging puti yang berketurunan rawa berhijrah , termasuk ke semenanjung tanah melayu. "Kenalilah susur-galur nasab keturunan kamu, supaya membawa kepada silaturahim” (Hadith:. Imam Tarmizi Ibnu Kathir vol 4, ms.218)




Antara buku-buku yang berkaitan dengan Rao yang boleh diperolehi dipasaran
Kome juge boleh membaca di 



*Perhatian khusus kepada teknik bacaan, nahu dan "phonetic" penulisan kata Bahasa Rao disini beraneka dan berbeza menuruk huruf bacaan penutur di Malaysia dan Indonesia dimana umum diketahui bahwa ujud perbezaan dalam sebutan huruf huruf rumi antaranya ialah huruf I di Malaysia mengikut sebutan Inggris yang berbunyi AI sementara I di Indonesia mengikut sebutan Latin berbunyi AE, misalnya sanak sudara kita yang di Indonesia ada yang menulis RAMI yang dibaca sebagai RAMAE/RAMEI, pokoknya bunyi adalah serupa tinggal lagi ejaannya berbeza. Harap Maklum.

A
aciek = ibu sodara sebelah mak
arei = jemur
angek kanga = keadaan panas yang keterlaluan
angek bodontang = keadaan panas yang keterlaluan
angek bodongkang = keadaan panas yang keterlaluan
aguok = buah rantai
angek santak = keadaan panas yang keterlaluan
antek / mo-antek = hantar
angang-ga = berani
ambin = kain yang diikat pada badan untuk mendukung anak kecil
apuih = habis
ayier bunoh = air masak/sky juice


B
bedogop = badan sasa
bakkare/bakkaren/bakkariey = sekarang
bobidek - mcm kono gigit nyamuok
beselandeh-panggil namu jo pado urang yg lobeh tuo pado awak
botolou2- warno x sekato.
bedombin = jatuh terhenyak
beko = karang/kemudian
bondar = tali air di bendang
bobalar = kesan calar setelah dilibas
botintin = berpimpin
bokatuik ati = geram hati, dalam suasana marah
borolek = kenduri
bogudop = dalam ruangan tertutup/ stagnant
bosokoreh = berkeras dalam berdebat sesuatu hal
bosotongka / bositangka = bertengkar berkeras nak dia sahja yg benar dlm bahas.
bosongebok / bosongkebok = buat kerja dengan pantas/cepat/kelamkabut
baroko = dahulu
besesampuor = berkermbanbosabogantuong = berkemban
baknongkeh / manongkeh= macam ini/begini/kayak gini
baknongko / manongko = macam ini/begini/kayak gini
bak iko/ baiko = macam ini/begini/kayak gini
bak ito / baitu / betu = macam itu/begitu/kayak gitu
bososiata = lambat-lambat
bodieh botuong = meriam buloh
bobidek-bidek = berbintil-bintil/ seperti chickenpox
bokujuik = mati
bo-ongok = bernafas/bernyawa
bekelombuai = angin tak elok/ moody / moodswing
boti = bubuh
beselandeh = memanggil orang yang lebih berusia tanpa pangkat abang/kakak/mamak/maciek
besepotar = menggelupur, tak tentu duduk.
bokujuik = mordar = mati
buyong = panggilan manja anak lelaki
blokowk-lokak = perihal jalan/cara berjalan yang tidak sempurna
betakah = bertangguh

C
cako = tadi
cawuok = dah berlubang koyakannya.
cotok = gigit jugak, tapi ada tempat nak pakai
cabiek = koyak
cigin = lari/ buat kerja cecepat
ciakbangkou = hirukpikuk suasana bising keterlaluan
cakah = masih beluh petah bercakap / ibu lastik diperbuat daripada cabang pokok senduduk
celongok / colangak = terbuka
copekcodak = cepat2 tak menentu
cokou = tangkap/catch
cibiar / cibier / cibeh = menjelirkan lidah atau membuat mimik muka jelek /ejek.
cipoit = siput
cumpang porenang/simpang porenang = berselerak/ tak tentu hala
cipier = piring
cubodak / cibodak = nangka/cempedak
colo = lihat

D
daba = kolar baju
dendayang = pelepah niur/kelapa
dirusuoh - dirusuh - resah
dodek = cepat
dangkun =
diroih = jirus
disintiut pendo = tidak dijawab langsung kpd pertanyaan

E
eren = hairan
eren atiku = hairan hatiku

F(takek ariko olun todonga deku baso awak non bo-urup F pangka-a)

G
gamang = gayat/vertigo kecek urangputiahnyo. hahaha
godang = besar
gotier = cubit
gotoih = gigit
gogonto = lonceng di lembu
guda / boguguda = adunan yang masih tidak sebati, tepung maseh kelihatan berbintil
guguoh = belasah
gamik = gamit/panggil
guyah = menggeletar
garah, bogarah, bogogarah, digogarah, digarah-ke nyo = seloroh/gurau
gorogou = mengguncang/mengguyangkan sesuatu dengan keras
gomeh = kecut perut
goreng ningka= kueh gelang
ghrondang godang= Rendang yang dimasak untuk lawan lemang/ketupat

H

I
iko = ini
ito = itu
ikuo - ekor - backside
imbou = panggil
inggok = hinggap
iken kalang=iken keli
J
jontiek = gatal/miang
janten/lolaki = lelaki
jangek =
jolatang =
joletoh, bojoletoh, bojoletohen, tojoletoh = berselerak/tak kemas
jongkeh = mati/mampus
jabuih =

K
kotoih - realized/sadar
kotu = waktu
koja = kejarr
korambier = coconut
kutei - olden/seasoned
korambie = niur/kelapa
korobosou = kasar mengerjakan sesuatu perkara
kusuok = massage
kubiek = mengoyak mengcungkil dengan kuku
kolayak / klayak / mongolayak = mengoyak
korokah = mengoyakkan sesuatu dengan gigi
keloloh / kloloh = orang yang gemar merepek, cakap tak tentu hala
korong = kawasan

L
layak = leper/lepek
lolah = halau
loga = baling
lomak = sedap, exciting
lolok = tidur nyenyak
lontok = malas
lutongnundi/boruok = berukcokou = tangkap
lobuoh = hilang
lutuong = sejenis binatang mirip beruk
litak = letih teramat sangat, lapar yang teramat sangat
lumpek = lompat/jump
liear = leher

M
manukik/manukiek = menjerit dengan kuatnya
menyelangsang = sumpah seranah
mendesah= madrasah
mesojid= Masjid
minok = perihal mendap di dalam bancuhan
mesiek = dried
monjawek = ambil wudhu/ jabat tangan orang
mesiek = kering
mongali-ngali = mengganggu/ irritate
mangkaliek ati = rasa loya nak termuntah
modar = mati
monggarik = bergerak
monguwik = bergerak dalam kadar sedikit
moloti = menziarah
menjonguok =  selalunya ziarah kematian
menggeromuih = mencakar
menciko = kalau macam ini


N
nasi ghrondang = nasi goreng
ngicak = perihal mintak sikit dari orang
neksayo = jahanam/musnah/
nundi = boruak laaaa apo ti lai. hahahha

O
obang = bang/azan
obuok = rambut
okok = tamak
omier = adunan/dough
onyak / onyonyak = tindan dengan punggung ke atas sesuatu
ondok = sembunyi
ontok = diam tidak bergerak
onok = senyap tidak berbunyi
oguong = gong
oguong posuok = orang yang kalo ditegur sikit langsung menangis mengadu domba
oriek = herdik, meninggi suara, 'yelling' bak kecek urangputiah-a
ompeh = empas
ompok = mengempas kan badan pada sesuatu
ompun = badan/ diri
onggok = tumpuk
onggang = sejenis burung / engang
ondeik = panggilan untuk orang tua perempuan/ibu
obuor ertinye boros
Ontak Godang = Godang Koracak = uju = topopandei => u'jub, berlagak pandai, cakap besar


P
podusi/porompuen = perempuan
porincuik = halau gak kasar sket
plosuo/ploso = penakut
potoih = petir/kilat
pododak = belasah/pukul
potoih = petir/kilat
pantak = sengat
pungkang = baling dgn kayu..adiek boradiek dongen loga.


Q

R
rancak = cantek, lawa, indah
rungkeh = koyak gak
runeh = petik bunga sort of cam tu ah
roteh = retas jahitan
rutieng = ikan haruan
runeh = petik
rorak = musnah/punah
rengkang-rengkong = bising membuat kerja


S
sampak = seluar/kain mandian
sepieh = sumbing pada perkakas kaca
sekah = patah
seten norojin = iko sonang nyo kilen, makno-e .... setan.
sombei = pasir
sopuih = sapu
suak = belahan pada rambut
sang/saming/aming/amiang/amia = sahaje/je
sipak = sepak
sobuok/sobuak = sikit
sundak / tosundak = terhantuk ke atas
sombin = sikit
sogiko = sebanyak ini, as in 'sogiko yg dapek ari ko, abieh di tutuoh urang sesado-ee, apo yg tingga la'ei'
solen = menyumbat sesuatu untuk mengukuhkan keadaan
sintak = tarik kuat kuat dengan laju/ snatch.
sorewa = seluar
semakneko = beraneka, pelbagai
socancang = kemuncup/bunga rumputsontuong = diperhabiskan
singok = sebelah
sompureh = tak berguna/lousy
sontuong =
sunggah = perihal menyimbah air
songkudou, bosongkudou = perihal rambut/diri yang tak kemas
songkoroik = kaki yang lenguh akibat duduk terlalu lama
sempong = perihal sesuatu objek/benda yang telah dicacatkan/bukan bentuk aslinya.
suntiang = subang yang dipakai perempuan pada cuping telinga
suek = benci
singkok =  buka (selalu diguna pada tudung saji dan peri
sepiceing= baru nk tiduor
sepawek = skojop @ baru sang tibo as in "sepawek datang udah nak pulang"
sepolo = alang-alang as in "alang2 buek krojo bak ke sudah"

T
tijak = pijak
tenggi = tinggi
tekek = duku kepale
tobotieng = ngah sibuk sgt/ on the edge of something
tokorangko = tergendala/terbengkalai
tokolotiang = air yang memercik
togayieng = tergantung
tosundak = terhantuk ke sesuatu yang berada di atas kepala.
totaruong = tersadung kaki di sesuatu
tojungkang/tojorangkang/tocolontiang = jatuh terkebelakang
tokubak = terkopak
tokolayak = luka yang koyak
tokoluseh = tigasuku/bodobangang (similar to the 'u know who')
tongango - ternganga
totonggok = duduk tak bergerak langsung
tupin = panggilan manja anak perempuan
tokoluseh = orang bongok takde otak, hahahha
tuntuong = tuang
tobonak = kenyang minum air
tobusak = isian terlebih lebih sehingga melimpah
tolaah = telaah/belajar
totolungkuit = terlangkup
tukiek/ tukiak = jerit
tekeranduek = simpan barang dah melebehi muatan
tudwong sangei = tudong saji

U
ulak = trip
utuok = campak/buang
unyang = panggilan untok urangtua kepada grandparents kita
utou = memberi isyarat tanpa berkata-kata



Slang dan frasa frasa tipikal Baso Rao.

Iyo lah paei
= "ye laa"=  "betul kata kau tu" *dlm posisi kita setuju atau meng-iyakan kenyataan penutur.

Ndeik, ndekk, ndaaik, ntaik, undaik, ondaikk, deikk= "amboiiii"= "ampunnn"*ayat seruan (exclamation) paling terkenal yang merujuk kepada kekaguman kepada sesuatu perkara, juga sering digunakan untuk merujuk perasaan yang terkejut mendengar/melihat sesuatu. Variasi penulisan dan sebutan juga tergantung kepada tingkat kekaguman terhadap sesuatu. Kadang disebut lembut, kadang disebut cepat dan lantang. Orang keturunan dari Rao pasti arif menggunakannya.

Itu tih lek, itu tih
merujuk kepada maksud:-
1. "...haaa tu la pasal.."
2. "...tu la sebabnye..."

Dalam penuturan Baso Rao juga amalan penggunalan "kan" adalah luas, misalnya:
Poi kolien borolek anak buyuong ari Sottu ke-datang ko?
= Kalian pergi kenduri anak buyong hari Sabtu kan datang ni? 
Ke-dapek tang inyo moncari-i?
 = Kan dapatkah dia mencarinye?

Pencemaran parah dalam kalangan penutur Baso Rao ialah seperti penggunaan AJO dan KEK misalnya:KEK SIKO yang merujuk DI-SIKOKEK SIKO ialah terjemahan langsung dari pertuturan Bahasa Melayu Johor-Riau yang merujuk KAT SINI atau DEKAT SINI, Bahasa Melayu dialek Johor-Riau menjadi bahasa gaul paling luas di Malaysia sehinggakan dialek asal suku suku Melayu dari pelbagai daerah lain juga dengan mudah dicairkan. Sedangkan dalam penuturan sehari-hari masyarakat Melayu di Rao dan di Gopeng dan di serata permukiman majoriti urang Rao tidak pernah menggunakan KEK/KAT, kita menggunakan DI, DISIKO, DISINEN, DISITEH, DISINUN, DIRUMAH, DILUMBUONG, DITOBEK, DILUAR

Penggunaan AJO juga ialah pencemaran dari pengaruh bahasa gaul kota kota yang merujuk 'sahaja', 'saja', 'aja' sedangkan yang lazim digunakan oleh urang Rao ialah SAMENG, SANG, AMIANG, SAME
IKO SANG = ini saje
LAI LAI AMING = ade ade aje

KUAK / GUAK
Salah satu daripada ciri khas penutur Baso Rao yang seringkali menyulam bicara dengan perkataan kuak/guak, ada yang menyebut kuak, ada yang menyebut guak, tergantung kepada suasana, kadang pabila pertuturan itu pantas, kuak menjadi guak, tiada beza arti. Cuma sebutan sahja. Perkataan ini sama arti atau setara dengan perkataan "agaknya, mungkin, barangkali" misalnya ayat:

1. Dori mano tang kuak?
= Dari mana lah agaknya?

2. Indonyo mongotoih kuak
= Dia tak perasan agaknya, Barangkali dia tak perasan.

3. Kuak la dapek dicokou-u 
= Mungkin telah dapat ditangkapnya


TANG 
Juga salah satu bunga bahasa yang menjadi ciri khas Baso Rao, penggunaannya juga tergantung kepada gubahan ayat dan tujuan. Misalnya:

1. Iko tang nyoh. 
= Ini lah dia.

2. Bakmano tang?
= Bagaimana ni??? Macam mana ni?

3. Dapek tang tu nyoh
= Mesti dapat lah tu

4. Kodukuik tang!
= Kedekutnya!

5. Mano satu tang?
= Mana satu nya?

kak kodokak ketari dalom dulang
mano lombu pokak ku cari indo pulang 

kukuro manjek botiak
lah tuo tambah jontiak 

TEMPAT MENARIK DI PERLIS YANG PATUT KOME LAWAT


1)            Muzium Kota Kayang Perlis

Terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik. Bayaran masuk adalah PERCUMA. Pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan sejarah yang dapat teman perolehi di sini.  Kawasan muzium yang terletak di belakang bukit ini sangat menarik dan mempunyai panorama hutan yang memberi ketenangan kepada para pengunjung..rugi kalau kome tak datang disini..

Berlatarkan bukit di belakang

Makam Ar-Marhum Kayang Pertama
Makam Marhum Kayang Pertama
Al-Marhum Kayang atau Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah ( 1661-1687) Sultan Kedah ke 15 yang membangun Kota Indera Kayangan sebagai pesat pemerintahan Negeri Kedah.  BagindaMenggantikan Sultan Muhyiddin Syah atau Al-marhum Sena (1653-1661) yang bersemayam di Kota Sena berhampiran bandar kangar.


Beberapa aspek kemajuan telah diperkenalkan di Negeri Kedah semasa

1.                   Pengenalan Mata wang berbentuk 8 segi yang diperbuat daripada campuran perak dan tembaga
2.                      Pengenalan undang-undang baru bagi Negeri Kedah yang dinamakan” Undang-Undang Kedah”  Mengandungi 16 perkara
3.                    Pembinaan tali air yang dikorek menggunkan tenaga manusia bermula dari tebing selatan sungai Perlis hingga ke Anank Bukit, diKedah.
4.                     Bermula hubungan luar Kedah dengan pihak berekuasa Bugis di Makasar disebelah Makam Al-Marhum Kayang Pertama ialah makam menantu baginda seorangPutera Raja Bugis bernama Juang Tawa





Makam Ar-Marhum Kayang Pertama