Thursday 25 July 2013

Vintage Star Robot 80s

Star Robot 80s

Teman nak berkongsi dengan Robot yang baru teman dapat iaitu Star Robot. Ia diperbuat pada tahun 1985. Materialnya diperbuat daripada plastik. Buatan dari Taiwan. Robot ini dikeluarkan dalam pelbagai warna..Yang teman ada warna hitam dan biru.. Teman dapat yang berwarna biru..jadi laa...Robot yang teman dapat ini masih berfungsi tetapi belum cukup sempurna...Gamaknya mungkin dah tua kot..huhu.. Pergerakannya menggunakan battery operated. Yang menarik robot ini adalah kombinasi warna ,lampu-lampu yang menarik, cara pergerakan dan bunyinya unik. Malangnya robot ini teman dapat tanpa kotak tetapi ia tetap menjadi item koleksi teman..

Pandangan Depan



Bahagian Kepala




Pandangan Sisi
Pandangan Belakang Pakai Bateri



Pandangan Hadapan

Cara operasi









Saturday 20 July 2013

Percutian Di Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok, Kedah Darul Aman


Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok, Kedah

Baru-baru ini teman ada turut serta bersama percutian keluarga di Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok Kedah selama 3 hari 2 malam. Mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah daripada Bidor Perak. Disini ingin berkongsi beberapa aktiviti yang terdapat di Chalet Terapung. Pertama aktiviti memancing. Ikan yang terdapat disini siakap, kerapu, jenahak, gelama, duri dan lain-lain lagi. ( Teman cuma dapat anak kerapu jer...mungkin x kena dengan potnya). Umpan yang boleh digunakan umpum-umpum, udang, dan ikan. Disini juga ada menjual anak udang hidup untuk memancing ikan berskala besar...hrumm.. Pada waktu malam boleh melakukan aktiviti menangkap ketam dengan menggunakan pukat yang boleh dibeli di chalet ini dan umpannya ialah kepala ayam atau ikan masin. Hasilnya memang memuaskan....Kemudahan chalet yang lengkap siap dapur, bilik air, tempat tidur (air cond atau kipas) yang selesa , dan tempat bbq juga disediakan. Memang tidak rugi kalau singgah kesini...Tambah2 lagi kaki pancing macam teman..siang malam sibuk memancing jer disini.... 








Pemandangan di Chalet Terapung







Antara kemudahan di bilik tidor














Hasil Tangkapan





Nak lebih maklumat dan view boleh ler layan video ini...











Vintage Horikawa Space Man Astronaut Robot Toy

Robot Horikawa Space Man Astronaut 1960s

Kali ini teman nak kongsi koleksi tin toys teman iaitu Robot Horikawa Space Man ... Tahun dibuat pada 1964. Buatan dari Jepun. Robot ini boleh dikategori sebagai koleksi yang rare dan sukar dijumpai dengan keadaan masih baik dan berfungsi. Teman dapat pun dalam keadaan yang tidak berfungsi dan berusaha untuk membaikinya. Ia diperbuat daripada 100% tin dan pergerakannya menggunakan battery operated. Ia juga mempunyai skrin yang mempaparkan view di ruang angkasa. Saya menarik dan unik bagi kolektor tin toys. Tidak hairan lah mengapa harga robot tin toys tinggi dipasaran.



Fully Tin







Pandangan Sisi



Made in Japan


skrin


Menggunakan bateri 

Cara Operasi