Saturday, 20 July 2013

Percutian Di Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok, Kedah Darul Aman


Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok, Kedah

Baru-baru ini teman ada turut serta bersama percutian keluarga di Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok Kedah selama 3 hari 2 malam. Mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah daripada Bidor Perak. Disini ingin berkongsi beberapa aktiviti yang terdapat di Chalet Terapung. Pertama aktiviti memancing. Ikan yang terdapat disini siakap, kerapu, jenahak, gelama, duri dan lain-lain lagi. ( Teman cuma dapat anak kerapu jer...mungkin x kena dengan potnya). Umpan yang boleh digunakan umpum-umpum, udang, dan ikan. Disini juga ada menjual anak udang hidup untuk memancing ikan berskala besar...hrumm.. Pada waktu malam boleh melakukan aktiviti menangkap ketam dengan menggunakan pukat yang boleh dibeli di chalet ini dan umpannya ialah kepala ayam atau ikan masin. Hasilnya memang memuaskan....Kemudahan chalet yang lengkap siap dapur, bilik air, tempat tidur (air cond atau kipas) yang selesa , dan tempat bbq juga disediakan. Memang tidak rugi kalau singgah kesini...Tambah2 lagi kaki pancing macam teman..siang malam sibuk memancing jer disini.... 








Pemandangan di Chalet Terapung







Antara kemudahan di bilik tidor














Hasil Tangkapan





Nak lebih maklumat dan view boleh ler layan video ini...

video










1 comment: