Monday 30 September 2013

Baby Photographer Tin Toys 60s









Tin Toys Baby Photographer...teman baru jer dapat...condition seperti di dalam gambo..masih lagi berfungsi pakai kekunci (wind up) dengan baik. Bajunya udoh koyak tetapi tiada karat. Ia dibuat pada tahun 1960an. Buatan Shanghai China berkod MS T39. Tin Toys ini boleh dikategorikan sebagai sangat jarang diperolehi (rare items). Sangat bertuah kerana dapat memilikinya walaupun tiada kotak. Berminat bolehlah bagitahu jika kena pada harganya...sayang chor..huhuhu 





Monday 9 September 2013

Tin Toys Car

Mengumpul Tin Toys adalah satu penyakit yang teman susah nak tinggalkan. Bulan April 2013 merupakan bulan bermulanya hobi mengumpul tin toys ini. Sangat teruja apabila mendapat sesuatu mainan untuk dijadikan koleksi baru, tambah2 lagi vintage dan sukar untuk diperolehi (rare).

Nilai sesuatu tin toys itu terletak pada kesukaran untuk diperolehi (rare), negara pengeluar ( yang paling mahal adalah dari negara2 Eropah,Japan,negara2 Asia, dan last sekali China) tahun pengeluaran (lagi lama lagi mahal), lengkap siap dengan kotak atau box (adalah satu bonus jika dapat sekali dengan kotak kerana harganya boleh meningkat) dan dalam kondisi yang baik (boleh berfungsi dan warnanya tidak pudar atau  new old stock [NOS] ).

*Peringatan kepada pengumpul2 yang baru dan diri teman sendiri....awas barangan reproduction dari negara China..hanya negara China yang masih aktif mengeluarkan produk tin toys..cara mengenal pasti dengan kotak atau box (nampak baru jerr) dan warna (semuanya kelihatan baru) dan tertera pada kotak "FOR ADULT COLLECTORS ONLY". Tak salah nak kumpul repro tapi nilainya berbeza dengan vintage produk, dimana lebih memberi kepuasan jiwa dan raga..hehehe....teman pun ada juge kumpul repro cikit2....pilihan masing2.. pesanan ini cuma supaya kome tu berhati-hati ketika membeli.. takut tertipu dan ada peniaga yang letak harga tinggi sedangkan ia adalah repro dan tak masuk akal...kalau ada rezeki next blog teman nak citer pasal perbezaan antara tin toys vintage dengan repro..InsyaALLAH... teman nie tak ler pandai sangat...cuma nak berkongsi apa yang teman tahu...

Antara koleksi Tin Toys kereta yang teman ada setakat  4 bulan berkecimpung dalam mengumpul tin toys ini:


Made in China...Penghujung 70an dan awal 80an...Luxe Car..NOS
Model GT40..made in china...70an...condition 8/10
Fire Chief Car..made in China..awal 70an
Ambulance car...made in China..awal 70an
Police Sparkling Car...Made in China..awal 70an..
Sedan..Made in China
Luxe Car...Made in China
Citroen 60s
Toyota Celica 70s..Made in Hong Kong
Made Taiwan ...awal 70an..condition 6/10..