Thursday 31 October 2013

Tin Milo Lama

Mengumpul dan menjadikan tin-tin lama sebagai satu hiasan dalaman di rumah merupakan suatu benda yang memberi kepuasan kepada penggemar2 barang-barang antik..Disamping itu warnanya yang menarik menaikkan lagi seri didalam rumah yang bertemakan oldskool..teman ada beberapa tin milo ingin dikongsikan bersama...kebanyakkan yang teman dapat condition tidak lah begitu elok dan ada yang berkarat..biorkan ler...karat tu emas chor...


Hujung Tahun 70an Tonic Food Drink
Bahagian tepi tulisan cina

Bahagian belakang
Yang kecik2 tu tahun 98-2007

Tuesday 22 October 2013

Traveling Car



Koleksi tin toys van pertama teman....siap dengan kotak dan dalam keadaan yang sangat baik NOS item.. 

Nama                      :  Traveling Car
Kod Produk            :  mf 298
Buatan                     : China
Operasi                   : Friction
Tahun                      : Awal 70an
Kategori                  : Tin Toys
Kondisi                   : New old stock

Pandangan sisi
Pandangan Hadapan
Kotak
Pandangan Bawah


Monday 21 October 2013

Tin Toys atau Kraftangan dulu2

Tin Toys Tempatan
Baru-baru teman ada dapat tin toys tapi tidak tahu buatannya dari mana...ada yg kata ianya adalah hasil kraftangan dulu2 buatan tempatan...takper laa asal unik teman balun...huhuhu

5pcs berjaya di sambor....




Saiz kecil



Bahagian bawah








sampei sekarang teman masih mencari asal usulnyer...aje handei kome..

Thursday 10 October 2013

Telefon lama Cap JT


Koleksi pertama telefon yang teman baru dapat model Jabatan Telekom (JT). Kalau tak silap teman model telefon ini telah digunakan sejak tahun 1977 lagi. Sayangnya cap JT dibahagian atas dan bawah udoh tanggal. Tinggal kesan ajer...mungkin udoh tua bangka kot..



Pandangan dari sisi





Kalau dilihat dulu2 punya kabel gangang telefon ia melekat terus pada badan dan kedudukan gagang melintang pada atas badan telefon. Cara nak mendail, jenuh la sikit terpaksa pusing mengikut nombor yang hendak di dail berbeza dengan zaman sekarang dengan hanya menekan pada nombor aje.. Rekabentuk yang klasik telah mengbangkitkan seribu nostalgia pada suatu ketika dahulu yang mana teman tidak dapat merasa penggunaannyer...huhu.. cukupla sekadar menyimpannyer sebagai koleksi teman.


Bahagian bawah yang sepatutnya ada cap JT



Wednesday 2 October 2013

Tin Toys Kereta Citroen 60s





Model : Citroen
Tahun  : 1960 an
Buatan : Tidak Pasti
Kondition : 6/10

Baru2 ni dapat tin toys kereta iaitu model citroen lama tahun 60an bersaiz sederhana besar. Keadaannya yang nampak tua dan lusuh sepadan dengan usianya. Masih berfungsi dengan baik dan uniknya friction di bahagian hadapan yang jarang2 untuk dijumpai. Tiada kotak dan tiada label buatan dari negara mana. Maklumatnya masih dalam pencarian....hrummmm.. Model ini tidak akan teman jual dalam sebarang bentuk harga pun kerana menjadi items koleksi teman...huhuhu