Thursday 10 October 2013

Telefon lama Cap JT


Koleksi pertama telefon yang teman baru dapat model Jabatan Telekom (JT). Kalau tak silap teman model telefon ini telah digunakan sejak tahun 1977 lagi. Sayangnya cap JT dibahagian atas dan bawah udoh tanggal. Tinggal kesan ajer...mungkin udoh tua bangka kot..



Pandangan dari sisi





Kalau dilihat dulu2 punya kabel gangang telefon ia melekat terus pada badan dan kedudukan gagang melintang pada atas badan telefon. Cara nak mendail, jenuh la sikit terpaksa pusing mengikut nombor yang hendak di dail berbeza dengan zaman sekarang dengan hanya menekan pada nombor aje.. Rekabentuk yang klasik telah mengbangkitkan seribu nostalgia pada suatu ketika dahulu yang mana teman tidak dapat merasa penggunaannyer...huhu.. cukupla sekadar menyimpannyer sebagai koleksi teman.


Bahagian bawah yang sepatutnya ada cap JT



No comments:

Post a Comment