Saturday 21 February 2015

Air Tin Sudi

Hilang ditelan zaman...itulah yg  boleh teman katakan berkenaan tin Sudi ini. Dapat mengumpul kesemua jenis tin Sudi terasa macam memiliki sebahagian khazanah dari seorang penghibur yang terkenal pada masa dahulu yang terkenal dengan lagu "Chow Kit Road".. Sedikit pengenalan yg teman copy dari wikipedia..hehehe...

Pengenalan...
Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM1976" pada 11 Ogos 1976. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia". Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.



Usahawan 
Allahyarham Dato' Sudirman Hj. Arshad pernah menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan berbekalkan modal RM 3 juta, yang mengeluarkan minuman tin berkarbornat jenama SUDI. Kejayaannya dalam memasarkan SUDI telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda. Malangnya setelah Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad jatuh sakit, perniagaannya- Sudirman Productions dan SUDI Sdn Bhd telah ditutup pada September 1991. 




Tidak hairanlah kenapa tin SUDI ini begitu sukar untuk di dapati lg...tambah2 lg dalam keadaan elok.. Ini adalah kerana tempoh pengeluaran nya begitu singkat sahaja dari 1989-1991..teman sgt beruntung kerana dapat memilikinya dari seorang 'hunter' brg2 lama dari Kedah. Ia bukanlah satu koleksi yg hebat bg setengah2 org tetapi bg teman ia dpt mengimbau kembali zaman kanak2 mengumpul duit belanja sekolah hanya kerana untuk membeli minuman SUDI ini di kedai2 apek...minum sambil menyanyi lagu Agogo..perghhhh sungguh nostalgia...teman bersyukur kerana dapat memiliki keempat-empat jenis minuman SUDI ini yang tiada nilainya...
4 Perisa (bahagian hadapan)
4 Perisa (bahagian belakang)
terdapat logo visit Malaysia tahun 1990
Dari sisi
Diperbuat oleh PAMS SDN BHD di Merlimau,Melaka
label kandungan minuman
Sudi Perisa Kola
Sudi Perisa Lemon
Sudi Perisa Oren
Sudi Perisa Isotonik
Allahyarham Dato' Sudirman Hj. Arshad dengan produk minumannya.


sekian saje dari teman...

2 comments:

  1. Huuu memang payah nk dapat tin ni.. Cari dari dulu lagi.. Nk beli ramei yg nk jual mahal sgt

    ReplyDelete
  2. sapa nak jual tin ni....bgtau saya. saya nak beli 1 tin je.

    ReplyDelete