Sunday 23 October 2016

Ops Teluk Anson


Assalammualaikum wbt....kali ni teman dalam usaha memburu item2 dari Teluk Anson, Perak..alang2 udoh berghoje disini kan....tak kisah ler dari kertas...seramik..porcelin..kayu..besi...semua teman sapu...asekan ada tulis Teluk Anson...ada beberapa item yg teman dah dapat untuk dikongsikan bersama kome...banyak lagi yg nak dicari..ater kome edakk ke nak nolong teman...kalau kome ada boleh ler tepon teman...nahhh siap bg no tepon lagi 019-5146969 Danial... disini nak dikongsikan sikit sejarah Teluk Anson atau Teluk Intan...itupun abik dari wikipedia aje...


Sejarah Ringkas Teluk Anson ke Teluk Intan....Perak..

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan. Teluk Anson di ambil sempena nama gabenor Inggeris  pada masa itu Jeneral Archibald Anson.
Resit
Paper bag
Piring kopi yang tak bercawan.....Teluk Anson marii..









Ashtray rokok 



Perbuatan Malaya 

Teman dapat....kemudian....cari maklumat....pastu kongsi....garenti tak rugi....sekian..



No comments:

Post a Comment